
PETALING JAYA: Polis masih sedang mengesan penulis artikel yang mengandungi dakwaan bahawa Perikatan Nasional cuba memberi rasuah kepada Yang di-Pertuan Agong untuk menukar kerajaan.
Ketua Polis Negara Razarudin Husain berkata polis akan memanggil sesiapa sahaja bagi membantu siasatan, ke atas kes yang disiasat mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia.
“Buat masa ini, siasatan polis adalah untuk mengenal pasti penulis artikel itu,” katanya lapor Harian Metro.
Sebelum ini, satu laporan polis dibuat oleh setiausaha sulit kepada ketua pembangkang bagi membersihkan nama Hamzah Zainudin yang dikaitkan dengan dakwaan terbabit.
Polis turut menasihatkan orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi dan komentar yang boleh mengganggu proses siasatan.