Bukan tugas pendakwa beritahu tuduhan difail atau gugur, kata peguam negara

Bukan tugas pendakwa beritahu tuduhan difail atau gugur, kata peguam negara

Ahmad Terrirudin Salleh berkata Perlembagaan Persekutuan memberi budi bicara kepada pendakwa raya untuk memfailkan atau menghentikan pertuduhan.

Peguam Negara Ahmad Terrirudin Salleh berkata pejabat pendakwa raya mesti dibenarkan untuk melaksanakan tugasnya mengikut Perlembagaan. (Gambar AGC)
PUTRAJAYA:
Bukan tugas pendakwa raya untuk memaklumkan orang ramai mengapa pertuduhan jenayah dimulakan atau dihentikan terhadap seseorang di mahkamah, kata Peguam Negara Ahmad Terrirudin Salleh.

Dalam ucapan sulungnya sempena Pembukaan Tahun Perundangan, budi bicara pendakwa raya untuk memfailkan atau menghentikan pertuduhan termaktub bawah Perlembagaan Persekutuan.

“Adalah penting untuk menekankan bahawa jawatan pendakwa raya mesti dibenarkan untuk melaksanakan tugasnya bawah Perlembagaan.

“Pihak berkepentingan mesti memahami peranan pendakwa raya,” katanya.

Peguam negara juga berkata, beliau tidak teragak-agak mengheret mereka yang memanipulasi isu 3R (kaum, agama, institusi diraja) ke muka pengadilan bawah Akta Hasutan bagi memelihara ketenteraman awam.

Sebelum ini, pemimpin masyarakat sivil menuntut penjelasan berhubung permohonan pihak pendakwaan yang melepas tanpa membebaskan (DNAA) Timbalan Perdana Menteri Zahid Hamidi berhubung kes Yayasan Akalbudi, September lalu.

Ketika itu, bekas presiden Badan Peguam Ambiga Sreenevasan berkata keputusan pihak pendakwaan itu sebagai “pembaziran dana awam” dan pembaziran kerja keras oleh anggota Jabatan Peguam Negara.

Zahid dituduh menyeleweng jutaan ringgit daripada Yayasan Akalbudi dan menerima rasuah untuk pelbagai projek semasa beliau menjadi menteri dalam negeri antara 2013 dan 2018.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.