
Menurut Ketua Polis Selangor Hussein Omar Khan, suspek yang dikehendaki polis itu mempunyai rekod lampau membabitkan kesalahan jenayah dan narkotik.
“Satu laporan polis diterima lebih kurang 3.49 petang. Pengadu merupakan anggota polis yang bertugas di pusat kawalan IPD Subang Jaya.
“Siasatan lanjut masih dijalankan oleh pihak Bahagian Siasatan Jenayah IPD Subang Jaya,” katanya dalam kenyataan.
Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berhubung kejadian diminta tampil ke balai polis atau menghubungi IPD Subang Jaya di talian 03-78627222 bagi membantu siasatan.
Terdahulu, media melaporkan penduduk sekitar kawasan Jalan Puchong Prima 3 gempar apabila bunyi letupan tembakan kedengaran dipercayai berkait kejadian itu.
Satu rakaman video berdurasi 39 saat kemudian tersebar di media sosial, yang mana suara jeritan dan bunyi dipercayai tembakan dapat didengar.
Bernama sebelum ini melaporkan, pasukan forensik tiba di lokasi kejadian pada 5.30 petang untuk mengumpul bahan bukti, sebelum mangsa dibawa keluar oleh kenderaan polis pada 6.15 petang.