
Berita Harian melaporkan tiga bekas menteri besar ialah Idris Jusoh, Ahmad Said dan Ahmad Razif Abd Rahman.
Razif turut dilantik pengerusi Biro Ekonomi Umno Terengganu.
Bekas calon Barisan Nasional (BN) yang tewas dalam PRK Kemaman 2 Dis lalu, Jeneral (B) Raja Mohamed Affandi turut dilantik penasihat Umno negeri.
Beliau tewas kepada calon PAS yang juga Menteri Besar Terengganu, Ahmad Samsuri Mokhtar dengan majoriti 37,220 undi.
Pelantikan mereka diumumkan Presiden Zahid Hamidi dalam mesyuarat di Pusat Dagangan Dunia semalam.
Ketua Umno Terengganu, Rozi Mamat mengesahkan pelantikan empat penasihat itu, manakala Ketua Umno Bahagian Marang Nik Dir Nik Wan Ku dilantik timbalan ketua Umno negeri.
Ketua Umno Bahagian Besut Muhammad Pehimi Yusof dilantik setiausaha, manakala Ketua Umno Bahagian Setiu Sabri Mohd Nor sebagai bendahari.
Ketua Umno Bahagian Kuala Terengganu, Sabri Alwi menjadi ketua penerangan dan Ketua Umno Bahagian Dungun, Din Adam sebagai pengarah strategik negeri.
Rozi berharap inti pati dan hala tuju yang dibincangkan dapat membawa perubahan lebih baik buat Umno Terengganu.