
Beliau juga mempersoal sama ada Mahathir mahu melihat rakyat berpecah belah, selain bimbang kenyataan prejudis kononnya orang India “tidak setia” dan “masih terikat dengan negara asal” akan diambil kesempatan kumpulan ekstrem.
“Apa hasilnya menuduh masyarakat India tidak setia pada negara?
“Adakah sekian lama Mahathir mentadbir, masyarakat India masih dibebani dan perlu mempertahankan diri dengan rasa prejudis Mahathir?” katanya dalam kenyataan.
Baru-baru ini, dalam temubual dengan saluran berita tersebut Tamil, Mahathir turut berkata, orang India di Malaysia mesti ingat mereka ialah rakyat Malaysia lebih daripada pendatang.
Ditanya sama ada ini bermakna orang India di Malaysia harus berasimilasi sepenuhnya dan “menjadi Melayu”, Mahathir bersetuju.
Dalam pada itu, Amira berkata, usaha membangun negara dilakukan setiap rakyat tanpa mengambil kira latar belakang keturunan mereka.
“Saya sanggah, tolak dan kecam ucapan Mahathir, persoalan yang lebih wajar ditanya, adakah beliau mahu menjaga negara atau mahu melihat rakyat berpecah-belah?
“Saya fikir rakyat Malaysia tidak wajar dituduh dan diremehkan rasa setia mereka kepada negara. Kita semua setia pada Malaysia,” katanya.