Kerajaan digesa naik gaji hakim untuk tarik calon cemerlang Badan Peguam

Kerajaan digesa naik gaji hakim untuk tarik calon cemerlang Badan Peguam

Kerajaan perlu melaksanakan semakan gaji segera kerana ia hanya membabitkan kira-kira 150 hakim.

Gaji pokok hakim Mahkamah Persekutuan ialah RM28,500 sebulan, manakala pesuruhjaya kehakiman yang dilantik dengan kontrak dua tahun mendapat RM25,500 sebulan.
PETALING JAYA:
Seorang peguam kanan menggesa kerajaan segera melaksanakan semakan gaji hakim bagi menarik peguam cemerlang dari Majlis Peguam untuk berkhidmat dalam badan kehakiman.

Katanya Singapura berjaya menarik pengamal undang-undang cemerlang untuk berkhidmat sebagai hakim dengan menawarkan pakej gaji menarik.

“Pentadbiran baik keadilan di tangan hakim dan yang calon terbaik daripada perkhidmatan awam dan swasta perlu dipilih,” kata peguam yang enggan dinamakan itu.

Beliau berkata kerajaan perlu menyemak semula pakej gaji dengan segera kerana ia hanya membabitkan kira-kira 150 hakim.

Peguam itu, yang sudah berkhidmat kira-kira 50 tahun, berkata Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman (JAC) baru-baru ini melantik ahli “biasa” Majlis Peguam sebagai pesuruhjaya kehakiman (JC) dengan tujuan melantik mereka sebagai hakim Mahkamah Tinggi kemudian.

Tambahan, katanya maklum balas peguam terhadap pelantikan JC atas kontrak dua tahun seperti diiklankan di laman web JAC tidak begitu menggalakkan.

Di bawah Akta Saraan Hakim 1971, gaji pokok bulanan hakim Mahkamah Persekutuan ialah RM28,500, hakim Mahkamah Rayuan menerima RM27,500, hakim Mahkamah Tinggi mendapat RM26,500 dan pesuruhjaya kehakiman dibayar RM25,500 sebulan.

Peguam itu berkata sukar memilih hakim berwibawa berdasarkan beberapa temu bual.

“Banyak JC yang tidak disahkan membuktikan perkara ini. Kekurangan calon, khasnya peguam kanan yang bersedia menjadi hakim punca amalan temu duga sekarang.”

Peguam Salim Bashir berkata beberapa peguam kanan menikmati kerja mereka dan pulangan kewangan diperolehi kerana mereka pakar dalam bidang masing-masing.

“Ada yang tidak mahu memikul beban tanggungjawab berat di pejabat kehakiman,” kata bekas presiden Majlis Peguam itu.

Dahuku, katanya ketua hakim negara akan mempelawa peguam berwibawa sebagai hakim Mahkamah Tinggi berdasarkan rekod prestasi, kebolehan, perwatakan dan kesanggupan mereka berkhidmat kepada negara.

“Ini mungkin menggalakkan beberapa peguam terkemuka menerima pelawaan sedemikian berbanding bermula sebagai JC.”

Peguam Syed Iskandar Syed Jaafar berkata tidak praktikal mengharapkan pemilik tunggal berkhidmat sebagai JC dengan kontrak dua tahun.

“Peguam ini mungkin kehilangan anak guam mereka apabila kembali menjadi peguam.”

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.