Bekas pengerusi PKM Abdullah CD meninggal dunia

Bekas pengerusi PKM Abdullah CD meninggal dunia

Che Dat Anjang Abdullah meninggal dunia pagi tadi di Kampung Perdamaian Sukhirin, Narathiwat.

Abdullah CD menyertai PKM pada 1948 dan terbabit gerakan kemerdekaan Tanah Melayu bagi menentang penjajahan British. (Gambar Facebook)
PETALING JAYA:
Bekas pengerusi Parti Komunis Malaya (PKM), Che Dat Anjang Abdullah yang lebih dikenali sebagai Abdullah CD meninggal dunia pada usia 100 tahun.

Abdullah yang berasal dari Lambor Kanan, Parit, Perak meninggal dunia pada 9.29 pagi tadi (waktu Thailand).

“Bekas pengerusi PKM dan pengasas pasukan Rejimen Ke-10 Tentera Rakyat Malaya, kembali ke rahmatullah pada 9.29 pagi ini di Kampung Perdamaian Sukhirin, wilayah Narathiwat pada umur 100 tahun 3 bulan,” kata menantunya, Indrajaya Abdullah menurut Malaysiakini.

Abdullah menyertai PKM pada 1948 dan terbabit gerakan kemerdekaan Tanah Melayu bagi menentang penjajahan British.

PKM dengan kerajaan Malaysia dan Thailand memeterai perjanjian damai Hat Yai pada Disember 1989 bagi mengakhiri konflik bersenjata lebih 40 tahun sejak darurat Inggeris 1948, yang turut menyaksikan pembubaran PKM dan peletakan senjata gerila komunis.

Perjanjian itu membenarkan bekas ahli PKM diberi bantuan memulakan hidup baharu, sama ada menetap di Malaysia atau Thailand, tetapi ramai yang memilih untuk tinggal di negara jiran itu.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.