
Ketua Polis Brickfields Amihizam Abdul Shukor berkata, wanita itu ditahan pada 7.45 malam oleh sepasukan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Komersial Brickfields.
Katanya, polis mengesan satu kenyataan di Facebook oleh seorang lelaki berusia 35 tahun mengenai dakwaan kehilangan kad debit.
“Hasil semakan mendapati terdapat dua transaksi pengeluaran daripada akaun miliknya pada 24 hingga 25 Dis lepas tanpa pengetahuan mangsa, melibatkan kerugian RM4,400,” katanya dalam kenyataan malam tadi.
Amihizam berkata, kes berkenaan disiasat bawah Seksyen 4(1) Akta Jenayah Komputer 1997.
Beliau turut menasihatkan orang ramai agar tidak menimbulkan sebarang spekulasi berkaitan kes ini.