
Ketua Polis Barat Daya Kamarul Rizal Jenal berkata, kedua-dua suspek berusia 20 dan 51 tahun itu ditahan secara berasingan oleh polis Bahagian Siasatan Jenayah Komersial Daerah Barat Daya pada Rabu.
“Wanita berusia 20 tahun itu ditahan di Bayan Lepas susulan laporan polis dibuat mangsa dalam kejadian di Bayan Baru,” katanya.
“(Mangsa) mengalami kerugian RM10,668 selepas diperdaya sindiket penipuan dalam urusan pinjaman wang dalam talian yang tidak wujud.”
Tambahnya, suspek lelaki ditahan di Bayan Lepas berhubung laporan polis di Sungai Korok.
Suspek disyaki menjadi keldai akaun juga dalam sindiket penipuan berkait urusan pinjaman wang dalam talian yang tidak wujud.
Kamarul berkata, dalam kes tersebut, mangsa mengalami kerugian RM3,859.50.
Katanya, kedua-dua suspek direman bagi membantu siasatan dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan atas kesalahan menipu.