
Perkara itu dimaklumkan menerusi hantaran di Facebook rasmi Tunku Ismail dengan beberapa gambar pertemuan tersebut, turut dikongsi di platform media sosial itu.
Terdahulu pagi tadi, perdana menteri bertemu rakan sejawatannya dari Singapura Lee Hsien Loong di tapak projek Rapid Transit System Link (RTS Link), sebagai simbolik komitmen kedua-dua negara terhadap projek berkenaan yang kini sudah mencapai 68%.
Selain RTS, Anwar dan Lee turut menyaksikan majlis menandatangani pemeteraian memorandum persefahaman Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) oleh Menteri Ekonomi Rafizi Ramli dan Menteri Perdagangan dan Industri Singapura Gan Kim Yong, di sebuah hotel.
Anwar turut menghadiri Majlis Ramah Mesra Bersama Perdana Menteri bersama warga Pelabuhan Tanjung Pelepas di pelabuhan tersebut di Iskandar Puteri.