Hadi dibenar keluar IJN

Hadi dibenar keluar IJN

Setiausaha Politiknya Mohd Syahir Che Sulaiman berkata keadaan Ahli Parlimen Marang itu semakin baik.

Presiden PAS Hadi Awang sebelum ini dimasukkan ke IJN bagi pemeriksaan susulan mengikut rutin kesihatan seperti ditetapkan.
PETALING JAYA:
Presiden PAS Hadi Awang sudah dibenarkan pulang selepas mendapat rawatan di Institut Jantung Negara (IJN) dan dilaporkan berada dalam keadaan baik.

Perkembangan itu disahkan oleh Setiausaha Politiknya, Mohd Syahir Che Sulaiman yang berkata Ahli Parlimen Marang itu dinasihatkan untuk berehat.

“Alhamdulillah, ya ayahanda tuan guru sudah dibenarkan keluar dan keadaannya semakin baik.

“Namun, ayahanda tuan guru dinasihatkan untuk terus berehat dan semua diminta memberikan ruang kepadanya,” katanya, menurut Berita Harian.

Hadi, 76 dimasukkan kepada IJN pada 1 Januari lalu bagi melakukan pemeriksaan susulan mengikut rutin kesihatan seperti ditetapkan.

Beliau tidak dibenarkan menerima pelawat sepanjang hampir 10 hari menerima rawatan.

Malah, Perdana Menteri Anwar Ibrahim juga tidak dapat menemuinya ketika melawatnya di IJN pada 5 Januari lalu.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.