
SPRM dalam satu kenyataan berkata, keterangan Ismail dirakam berkaitan siasatan RM700 juta didakwa digunakan bagi mempromosi pencapaian kerajaan.
Bagaimanapun, kenyataan itu tidak menyebut di mana lokasi Ahli Parlimen Bera itu memberi keterangan.
Pada Isnin, Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki, berkata bekas perdana menteri dan pembantu yang berkhidmat dengannya akan dipanggil untuk disoal siasat berkaitan dana tersebut.
SPRM melakukan siasatan pada minggu lalu berhubung RM700 juta didakwa digunakan bagi tujuan mempromosi dan publisiti pencapaian kerajaan ketika dua era pentadbiran, bermula 2020 dan 2022.
SPRM mahu mengenal pasti bagaimana wang itu dibelanja, selain telah memanggil syarikat yang dikatakan menerima dana daripada kerajaan.