
Katanya kerja perpaipan akhir projek itu dijangka siap akhir bulan ini, sebelum bekalan air bersih tambahan dari loji berkenaan dapat dibekalkan.
Menteri kerja raya Sabah itu berkata UMS memerlukan 2.98 juta liter air sehari, bagaimanapun Jabatan Bekalan Air Sabah hanya dapat membekalkan 2.7 juta liter sehari dan ini menyebabkan gangguan berlaku di universiti itu.
“Segala usaha sedang dilakukan untuk memastikan kerja (perpaipan) itu disiapkan sebelum penghujung Januari, sekali gus menyelesaikan isu mendesak bekalan air yang dihadapi ketika ini.
“Cabaran lain adalah kecurian air serta vandalisme terhadap rangkaian dan sistem paip di negeri ini yang turut menyumbang kepada masalah itu,” katanya dalam kenyataan.
Merujuk peruntukan RM3 juta diumumkan Perdana Menteri Anwar Ibrahim tahun lepas kepada UMS untuk mengatasi masalah itu, beliau berkata peruntukan itu diberikan secara terus kepada universiti berkenaan.
Semalam, Anwar dilaporkan mahu pihak berkaitan mengemukakan laporan teliti berhubung masalah bekalan air berlarutan di UMS, sedangkan kerajaan telah meluluskan peruntukan RM3 juta bagi mengatasi masalah itu tahun lepas.