Disyaki terima suapan RM18,000, penolong pengurus hamil direman

Disyaki terima suapan RM18,000, penolong pengurus hamil direman

Suspek dipercayai meminta komisen 10% hingga 20% dengan membantu pengarah syarikat mendapat kelulusan bagi geran dana kandungan digital.

Suspek 37 tahun yang hamil dua bulan itu ditahan ketika hadir ke pejabat SPRM Melaka semalam bagi membantu siasatan.
PETALING JAYA:
Seorang penolong pengurus syarikat di sebuah agensi kerajaan direman empat hari untuk siasatan kerana disyaki menerima suapan RM18,000 daripada seorang pengarah syarikat tahun lalu.

Majistret Khairunnisak Hasni mengeluarkan perintah selepas menerima permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Suspek yang berusia 37 tahun dan hamil dua bulan itu ditahan ketika hadir ke pejabat SPRM Melaka pada 4 petang semalam bagi membantu siasatan.

Siasatan awal mendapati suspek yang juga urusetia bagi geran dana itu membantu pengarah syarikat terbabit mendapatkan kelulusan bagi geran dana kandungan digital di bawah agensi dari Kementerian Komunikasi dan Digital berjumlah RM300,000.

Tertuduh dipercayai meminta komisen 10% hingga 20% berjumlah kira-kira RM18,000.

Pengarah SPRM Melaka mMohd Shahril Che Saad mengesahkan penahanan yang dibuat di bawah Seksyen 16(a)(A) Akta SPRM 2009 yang memperuntukkan denda lima kali nilai suapan atau RM10,000, mana lebih tinggi dan penjara tidak lebih 20 tahun.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.