
Mengesahkan perkara itu, Ketua Polis Petaling Jaya, Fakhrudin Abdul Hamid, berkata suspek yang berusia 25 tahun itu telah direman selama sehari namun dibebaskan pada hari yang sama atas jaminan polis.
Beliau berkata ujian saringan air kencing dilakukan mendapati pemandu berkenaan negatif dadah namun disahkan mengambil jumlah alkohol melebihi had yang ditetapkan.
Katanya, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 43a (1) dan Seksyen 45a(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Eksekutif Juruteknik Penyiaran Bernama TV, Mohd Saifuddin Mohd Nazari kini sedang menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU), Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) setelah terlibat dalam kemalangan itu semasa dalam perjalanan pulang dari tempat kerja selepas tamat syif kerjanya pada 1 pagi Jumaat lepas.
“Mana-mana saksi yang melihat kejadian berkenaan diminta tampil untuk beri keterangan bagi membantu siasatan di Cawangan Trafik IPD Petaling Jaya,” kata Fakhrudin.