
Berita Harian melaporkan mereka turut memegang plakad, antaranya “madani untuk siapa” dan “kembalikan hak kami” bagi menzahirkan masalah air di kampus.
Tahun lalu, Perdana Menteri, Anwar Ibrahim mengumumkan peruntukan RM3 juta kepada UMS bagi menyelesaikan masalah air di kampus.
Bagaimanapun, seorang pelajar ditemui berharap mereka mendapat maklumat jelas bagaimana wang itu digunakan, termasuk kemajuan projek setakat ini.
“Selain itu, bagi pihak pelajar, kami ingin yuran penginapan dikurangkan disebabkan gangguan bekalan air.”
Justeru, Zambry mengumumkan peruntukan tambahan RM2 juta untuk penyelesaian jangka pendek bagi menyelesaikan isu tekanan air rendah dan sistem telaga paip.
Jabatan Air Negeri Sabah menghantar bekalan menerusi lori tangki ke kampus, tetapi masih tidak mencukupi.
Sementara itu, Zambry ketika dihubungi memaklumkan masalah air di UMS disampaikan kepada Ketua Menteri Sabah Hajiji Noor menerusi kunjungan hormat hari ini.
“Antara dibincangkan ialah isu air di UMS, beliau berjanji untuk mempercepatkan proses pembinaan paip baru bagi sebuah loji baru yang siap dibina tidak jauh dari kawasan berkenaan,” katanya kepada FMT.