
Ketua Polis Shah Alam, Mohd Iqbal Ibrahim berkata polis juga maklum tiga individu terbabit ada membuat suatu laporan balas berhubung kes itu, namun ia disifatkan sebagai “lebih kepada penafian”.
“Kita telah lengkapkan siasatan dan edar ke TPR untuk arahan lanjut,” katanya dalam kenyataan.
Harakah dalam kenyataan hari ini memaklumkan tiga individu yang dikaitkan dengannya itu membuat laporan balas hari ini, dalam usaha untuk mempertahankan “cerita yang sebenar”.
Ia berkata tiga individu terbabit hadir ke mesyuarat antara menteri besar bersama penduduk Kampung Sungai Sireh, “atas jemputan penduduk Kampung Sungai Sireh itu sendiri serta atas kapasiti NGO Ummah”.
Pada Jumaat tiga individu direman dua hari untuk disiasat di bawah Seksyen 447 Kanun Keseksaan.
Polis berkata, siasatan mendapati mereka bertugas sebagai pengamal media tempatan dan masuk ke kediaman itu dengan alasan untuk menghadiri mesyuarat tetapi tidak mempunyai jemputan rasmi.