
Katanya, siasatan masih berjalan dan tidak dihentikan.
“Kita tidak pernah menghentikan siasatan kes ini.
“Setakat ini, polis masih teruskan siasatan…kalau ada perkembangan boleh dikongsi akan dikongsi, setakat ini tidak ada perkembangan baharu,” katanya pada sidang media di Bukit Aman.
Mayat Zayn Rayyan ditemui di saliran air berhampiran kediamannya di Apartmen Idaman, Damansara Damai, Petaling Jaya, kira-kira 10 malam pada 6 Dis lalu, selepas dilapor hilang sebelum itu.
Kematian itu kemudian diklasifikasikan daripada mati mengejut kepada kes bunuh selepas bedah siasat menemukan kecederaan pada leher dan badan akibat mempertahankan diri.
Polis turut meminta bantuan Polis Antarabangsa (Interpol) bagi membantu siasatan kes itu.