
PETALING JAYA: Satu ‘kenyataan media’ yang dikaitkan dengan PAS, kononnya parti itu memohon maaf atas tindakan beberapa individu disyaki menceroboh kediaman menteri besar Selangor adalah palsu.
“Ketara palsu,” tulis Setiausaha Agung PAS Takiyuddin Hassan pada poster tersebut, kepada FMT.

Tiga individu direman pada Jumaat lalu selepas disyaki menceroboh kediaman rasmi menteri besar Selangor di Shah Alam.
Ketua Polis Shah Alam Mohd Iqbal Ibrahim berkata, siasatan mendapati mereka bertugas sebagai pengamal media tempatan dan masuk ke kediaman itu dengan alasan untuk menghadiri mesyuarat tetapi tidak mempunyai jemputan rasmi.