Seorang maut, 2 cedera motosikal terbabas masuk parit

Seorang maut, 2 cedera motosikal terbabas masuk parit

Tiga penunggang motosikal itu terbabas ke parit yang dalam proses pembinaan.

Anggota bomba menyelamatkan mangsa dalam kemalangan di Jalan Bukit Katil, Melaka. (Gambar JBPM)
PETALING JAYA:
Seorang penunggang motosikal maut, manakala dua lagi cedera selepas terbabas ke parit di Jalan Bukit Katil, Melaka.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Bukit Katil, Riduan Ahmad berkata, sepasukan pegawai serta anggota dikejarkan ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan dalam kejadian 6.49 pagi tadi.

“Setiba di lokasi, kita mendapati tiga penunggang motosikal terbabas ke dalam parit yang dalam proses pembinaan.

“Kerja menyelamat mangsa dilakukan dan mangsa yang meninggal dunia diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut,” katanya menurut Sinar Harian.

Beliau berkata, identiti ketiga-tiga mangsa belum dikenal pasti.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.