Polis tahan lelaki godam sistem kerajaan, cuba jual data di ‘dark web’

Polis tahan lelaki godam sistem kerajaan, cuba jual data di ‘dark web’

Lelaki berusia 24 tahun itu mencuri data peribadi daripada agensi kerajaan dan cuba menjualnya pada harga USD200 setiap satu.

Ketua JSJK Bukit Aman Ramli Yoosuf berkata, suspek dipercayai mencuri dan menjual data peribadi itu ditahan polis pada 25 Dis. (Gambar Bernama)
KUALA LUMPUR:
Seorang lelaki berusia 24 tahun ditahan minggu lepas kerana dipercayai menggodam sistem agensi kerajaan dan cuba menjual data peribadi yang dicuri di rangkaian sesawang tertutup (dark web).

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman Ramli Yoosuf berkata, lelaki itu ditahan polis pada 25 Dis.

“Setiap set data dijual pada harga USD200, dengan pembayaran dibuat dalam bentuk mata wang kripto,” katanya pada sidang media hari ini.

Ramli turut mengumumkan bahawa tahun lepas, polis membuka 40,350 kertas siasatan berhubung kes jenayah komersial membabitkan kerugian berjumlah kira=kira RM2.1 bilion.

Dalam perkembangan berasingan, Ramli berkata polis membuka 40,350 kertas siasatan kes jenayah komersial tahun lalu melibatkan kerugian berjumlah kira-kira RM2.1 bilion.

Kebanyakan kes melibatkan penipuan (36,030 kes). Polis juga menyiasat 1,215 kes membabitkan pecah amanah jenayah, pinjaman wang tidak berlesen (994 kes), wang palsu (970 kes), dan jenayah siber (867 kes).

Menurutnya, jabatan berkenaan menjalankan 18,221 operasi dan serbuan sepanjang 2023, menyaksikan penangkapan 22,911 orang.

Ramli juga menyeru pegawai penyiasat di jabatannya ditambah, sambil memaklumkan ketika ini terdapat 839 pegawai – dengan setiap seorang menangani secara purata 48 kes.

Beliau berkata, pegawai penyiasat dengan kepakaran dan latar belakang pengkomputeran menjadi aset berharga kepada pihak jabatan memandangkan peningkatan jumlah jenayah dilakukan dalam talian.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.