
Sinar Harian melaporkan mangsa Lee Siew Lean, 49, yang juga pemilik perniagaan meninggal dunia di tempat kejadian dengan kesan tikaman senjata tajam, manakala teman lelaki mangsa berusia 42 tahun cedera.
Mangsa dan pekerjanya dikatakan berselisih faham sebelum kejadian sekitar 10.55 pagi tadi.
Ketua Polis Perak, Mohd Yusri Hassan Basri, berkata siasatan awal mendapati berlaku perselisihan faham antara mangsa dengan pekerjanya mengenai masalah kewangan.
“Disebabkan perkara itu, pekerja lelaki berusia 54 tahun terbabit menikam mangsa menggunakan senjata tajam,” katanya dalam kenyataan.
Beliau berkata, semakan mendapati suspek mempunyai empat rekod jenayah lampau.
“Polis akan mendapatkan perintah reman ke atas suspek esok (Jumaat). Kes diklasifikasikan sebagai bunuh dan disiasat bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya.