iQIYI bawa bakat Malaysia ke persada dunia

iQIYI bawa bakat Malaysia ke persada dunia

Peningkatan penonton sehingga 500% di seluruh dunia, iQIYI platform freemium ‘Over-The-Top’ (OTT) yang memberi fokus pada kandungan berbahasa Melayu.

Drama popular Rampas Cintaku musim kedua bakal ditayangkan di platform iQIYI pada 2024. (Gambar iQIYI)

Dalam usahanya untuk memperkenalkan kandungan tempatan ke platform antarabangsa, iQIYI bakal melancarkan 12 rancangan baharu berbahasa Melayu pada 2024.

Antaranya drama Rampas Cintaku musim kedua, Restu, Dosa Cinta, Gadis Lolipop, Queens Kuala Lumpur, Terjerat, Hatiku Encik Mafia, Laura Launa, Mihrab Cinta Zulaikha, Senyawa dan dua lagi rancangan yang tajuknya masih dalam perancangan. Selain rancangan tempatan, platform itu turut menyajikan penonton dengan setiap genre hiburan dari Asia seperti drama Thai, C-drama, anime dan banyak lagi.

Kandungan bahasa Melayu ini dijangka bakal menarik jumlah tontonan yang tinggi kerana ia menampilkan barisan pelakon hebat dan popular seperti Fasha Sandha, Erra Fazira, Remy Ishak, Elizabeth Tan, dan Zamarul Hisham.

iQIYI berpotensi menarik minat penonton dari serata dunia untuk menonton kandungan berbahasa Melayu. (Gambar iQIYI)

Setelah berjaya meraih lebih dari 100 juta tontonan digital di seluruh dunia untuk musim pertama, keterujaan penonton berterusan apabila drama sensasi Rampas Cintaku bakal menemui penonton untuk musim yang kedua.

Drama iQIYI Original ini hasil kolaborasi dengan penerbit terkemuka tempatan termasuk MIG Productions dan Infinitus, di mana kerjasama berterusan akan dijalin untuk membawakan lebih banyak tontonan berkualiti dari Malaysia ke mata dunia.

Menampilkan hiburan dengan kelainan dan keunikan

Pada Asia TV Forum & Market 2023 (ATF) yang berlangsung di Singapura baru-baru ini, Pengarah Produksi Original iQIYI Malaysia, Zebedee De Costa, menjelaskan platform itu memberi peluang kepada penggiat industri tempatan menyerlahkan bakat dan hasil karya mereka. Ini selaras fokus utama iQIYI untuk memperkenalkan lebih banyak kandungan berbahasa Melayu ke peringkat global.

De Costa (kiri) bersama David Teoh (MIG Productions) di Asia TV Forum & Market 2023 yang berlangsung di Singapura. (Gambar iQIYI)

Beliau turut berkongsi tentang pendekatan iQIYI yang proaktif, berani, dan progresif dalam mencipta kandungan yang menghiburkan, sesuai dengan citarasa dan tontonan tempatan serta antarabangsa.

Pendekatan ini bukan sahaja bertujuan untuk melengkapkan landskap hiburan semasa tetapi juga memperkenalkan drama dengan jalan cerita yang lebih berani, dan jarang disiarkan di kaca televisyen.

Menyokong bakat tempatan

De Costa juga berkata, iQIYI berazam mewujudkan platform yang dapat menonjolkan bakat tempatan ke pentas global, seterusnya meningkatkan martabat industri hiburan di Malaysia.

“Kami bukan sahaja mahu menjadi sebahagian daripada industri tetapi juga membantu memperkenalkan Malaysia ke peringkat global.”

Perwakilan di peringkat global

Mengambil kira Malaysia sebagai komuniti yang unik dengan pelbagai bahasa dan budaya, De Costa menjelaskan bahawa keputusan iQIYI untuk memasuki pasaran hiburan tempatan merupakan komitmen iQIYI untuk lebih mengenali budaya yang jarang diketengahkan di mata dunia.

Restu akan menjadi salah satu daripada 12 rancangan baharu yang bakal ditayangkan di platform iQIYI. (Gambar iQIYI)

“Saya menjangkakan rancangan berbahasa Melayu akan berjaya di peringkat serantau walaupun tidak di peringkat global dan saya yakin bahawa platform iQIYI mempunyai keupayaan untuk menarik minat penonton di peringkat global.”

Dengan reputasinya yang menguasai sebahagian besar pasaran drama bersiri di China, iQIYI bersedia mengambil langkah proaktif yang seterusnya menyediakan pengalaman yang terbaik kepada pengguna di seluruh dunia.

Di akhir perkongsian De Costa berkata, “Kami mempunyai teknologi dan keupayaan pemasaran yang berkesan untuk memastikan karya tempatan mencapai tontonan yang lebih meluas.

Klik sini untuk maklumat lanjut tentang iQIYI.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.