Lelaki redah bah dibawa arus

Lelaki redah bah dibawa arus

Bagaimanapun mangsa berusia 23 tahun diselamatkan bomba dalam kejadian di Mersing.

Seorang lelaki terperangkap di kawasan dinaiki air selepas gagal meredah banjir menggunakan motosikal. (Gambar JBPM)
PETALING JAYA:
Seorang lelaki terselamat selepas cubaan meredah banjir menggunakan motosikal gagal apabila dibawa arus deras, dalam kejadian di KM34 Jalan Jemaluang-Kota Tinggi, Johor.

Bomba dalam kenyataan berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 7.19 pagi tadi melaporkan lelaki berusia 23 tahun itu hanyut.

Susulan itu, pasukan bomba Mersing digerakkan ke lokasi kejadian dengan kekuatan 10 anggota.

Komander Operasi, Arwan Abdullah, berkata mangsa dipercayai hanyut ketika melalui jalan itu yang dinaiki air dengan menggunakan motosikal.

“Mangsa dibawa arus deras dan hanyut sejauh 7m pada kedalaman air 1.5m,” katanya dalam kenyataan.

Bagaimanapun, mangsa berjaya diselamatkan apabila bomba menggunakan tali untuk menariknya ke kawasan lebih selamat.

Katanya, mangsa tidak mengalami kecederaan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.