TikTok Shop Mall sokong, tingkat keterlihatan jenama perniagaan

TikTok Shop Mall sokong, tingkat keterlihatan jenama perniagaan

TikTok Shop Mall menjadi platform baharu menyediakan akses kepada 600 jenama tempatan dan antarabangsa.

TikTok Shop Mall adalah saluran eksklusif, atas jemputan khas untuk kedai andalan (flagship) pelbagai jenama serta peruncit dalam talian yang dilantik dengan jaminan produk 100% tulen.

TikTok Shop terus menjadi platform e-dagang boleh dipercayai untuk jenama dan pembeli-belah di Malaysia menerusi pelancaran TikTok Shop Mall, satu saluran yang meliputi kedai andalan (flagship) pelbagai jenama serta peruncit dalam talian.

Platform baharu itu akan menambahkan lagi pengalaman pembeli-belah di Malaysia dengan menyediakan akses kepada lebih 600 jenama tempatan dan antarabangsa terpilih selain jaminan produk 100% asli serta tulen, perkhidmatan pelanggan boleh dipercayai dan pelbagai manfaat eksklusif.

Tersedia sebagai saluran ekslusif dalam ‘Shop Tab’ TikTok Shop, ia juga memberi jaminan kualiti dan keyakinan terhadap produk serta meningkatkan sokongan terhadap perusahaan kecil dan sederhana (PKS) pada platform e-dagang.

Ketua Pemerolehan di TikTok Shop Malaysia Nur Azre Abdul Aziz berkata pelancaran TikTok Shop Mall itu menggambarkan komitmennya mengukuhkan perkembangan PKS dan jenama di bawah platformnya selain memberi manfaat besar kepada pengguna.

“Penjual mempunyai ‘cop keaslian’ tambahan pada produk manakala pembeli dapat mengenal pasti dan membeli-belah secara murah daripada jenama kegemaran mereka dengan nilai pembelian terbaik,” katanya.

Pelanggan akan menikmati pengalaman membeli-belah unik menerusi TikTok Shop Mall yang turut dibangunkan untuk menyokong PKS.

Tawaran lain kepada pembeli menerusi TikTok Shop Mall termasuk polisi pemulangan atau bayaran balik 15 hari yang mudah, penghantaran percuma dan Baucar Penghantaran Xtra (Xtra Shipping Vouchers) istimewa yang boleh dinikmati untuk pembelian seterusnya.

Penjual akan menerima label ‘Distinguished Mall’ pada halaman mereka supaya boleh dikenal pasti secara mudah sebagai sebahagian daripada TikTok Shop Mall pada ‘Shop Tab’ TikTok Shop sekali gus meningkatkan keterlihatan jenama sepanjang proses beli-belah pengguna.

Sokongan kepada penjual turut meliputi kempen jenama yang eksklusif termasuk slot dan sumber khusus semasa kempen dua digit, peningkatan keterlihatan dalam ‘Shop Tab’, dan sokongan pendedahan trafik.

Pembeli akan menikmati polisi pemulangan atau bayaran balik 15 hari, penghantaran percuma dan Baucar Penghantaran Xtra (Xtra Shipping Vouchers) di TikTok Shop Mall.

TikTok Shop Mall menawarkan pelbagai barangan keperluan pengguna seperti pakaian sukan, peralatan memasak, aksesori kereta, barang kemas dan barangan runcit daripada jenama-jenama tempatan Malaysia seperti Elgini, Dessini, SwissThomas by T, 70mai Malaysia Store, Habib Jewels, dan Mydin.

Malah platform itu turut dimeriahkan dengan kehadiran jenama antarabangsa seperti Maybelline, Pandora, Skechers dan JBL.

Pembeli-belah boleh mencari barangan daripada pelbagai jenama Malaysia.

“Kami berharap peluang untuk memasarkan jenama dengan lebih baik dapat mewujudkan lebih saluran kepada usahawan meningkatkan jualan di TikTok Shop…tidak kira saluran dalam talian, kedai fizikal atau sumber pendapatanm tunggal untuk PKS.

“TikTok Shop akan sentiasa melengkapkan dan memperkasakan jenama-jenama ini dalam perjalanan ‘shoppertainment’ mereka.

“Jadi, peluang jenama-jenama ini untuk dilihat dan didengar adalah tidak terhad, dan semoga TikTok Shop Mall akan menjadi langkah seterusnya dalam pertumbuhan mereka,” kongsi Nur Azre.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.