Anggota tentera pukul isteri dipanggil bantu siasatan

Anggota tentera pukul isteri dipanggil bantu siasatan

Zainol Samah berkata kejadian itu berlaku di Sungai Udang pada 15 Dis lalu.

Berdasarkan video tular, kedengaran suara seorang wanita merayu suaminya bertenang namun lelaki itu berkeras dengan meninggikan suara.
PETALING JAYA:
Polis membuka kertas siasatan susulan video tular seorang anggota tentera berpakaian celoreng memukul wanita dipercayai isterinya.

Ketua Polis Melaka, Zainol Samah berkata, kejadian itu berlaku di Sungai Udang pada 15 Dis lalu dan mangsa 38 tahun ialah isteri kepada anggota tentera di Kem Sungai Udang.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 18A Akta Keganasan Rumah Tangga 1994 dan Seksyen 323 Kanun Keseksaan.

“Setakat ini, polis sudah memanggil lelaki itu untuk dirakam percakapan bagi membantu siasatan,” katanya menurut Utusan Malaysia.

Terdahulu, satu video 32 saat tular di media sosial yang kedengaran suara seorang wanita merayu suaminya bertenang dan menyelesaikan masalah secara baik.

Tetapi, lelaki terbabit berkeras dan meninggikan suara dengan mengarahkan mangsa masuk ke rumah.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.