Tak perlu desak bentuk kerajaan perpaduan di Johor, Pemuda Umno beritahu Amanah

Tak perlu desak bentuk kerajaan perpaduan di Johor, Pemuda Umno beritahu Amanah

Ketua Pemuda Akmal Saleh berkata kerajaan di Johor sudah stabil dan berjalan dengan baik.

Dr Akmal Saleh menyampaikan bantuan Pemuda Umno yang akan digerakkan ke lokasi banjir di Kelantan.
KUALA LUMPUR:
Pemuda Umno berkata tidak keperluan untuk mendesak pembentukan kerajaan perpaduan di Johor melibatkan Pakatan Harapan (PH).

Ini kerana kerajaan Barisan Nasional (BN) di Johor sudah stabil dan berjalan dengan baik, tegas Ketua Pemuda Dr Akmal Saleh.

“Yang penting rakyat nak tengok kerajaan hari ini ini dapat tadbir dengan baik atau tidak, dan rakyat dapat manfaat itu jauh lebih penting,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan misi bantuan banjir Pemuda Umno ke Kelantan di Menara Dato Onn.

Beliau mengulas kenyataan Amanah Johor yang menuntut suatu isyarat dihantar agar kerajaan perpaduan terbentuk di Johor, pada konvensyen parti itu baru-baru ini.

Di Dewan Undangan Negeri Johor, BN mendominasi dengan 40 kerusi, manakala Pakatan Harapan menduduki 12 kerusi, yang mana 10 wakil rakyat DAP, manakala PKR dan Amanah masing-masing satu kerusi.

Mengulas tentang bencana banjir di Pantai Timur, Akmal berkata Pemuda Umno sedia bekerjasama dengan Pemuda PAS bagi menjayakan misi bantuan.

“Ia soal kemanusian. Bila soal kemanusiaan ia tidak mengira parti. Kita tak bercakap nak bantu orang parti sahaja, kita bantu semua. Kita mengalukan kerjasama kalau Pemuda PAS, Amanah atau mana-mana parti nak kerjasama. Kita sedia,” katanya.

Sebanyak RM40,000 diperuntukkan untuk pusingan pertama bantuan ke Kelantan, merangkumi pelbagai jenis termasuk makanan, katanya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.