Penjual buah dituduh bunuh kekasih

Penjual buah dituduh bunuh kekasih

Khoo Choon Heng, 44, didakwa melakukan kesalahan itu di Taman Bayu Tinggi pada 18 Dis lepas.

Penjual buah, Khoo Choon Heng, 44, dihadapkan ke Mahkamah Majistret Klang hari ini kerana membunuh kekasihnya, dua minggu lepas. (Gambar Bernama)
KLANG:
Seorang penjual buah dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membunuh seorang wanita, dua minggu lepas.

Khoo Choon Heng, 44, mengangguk faham selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret Amirul Asyraf Abd Rashid.

Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh kerana kes bunuh di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Khoo didakwa membunuh Koh Chea Ling, 26, di Jalan Bayu Tinggi 5, Taman Bayu Tinggi di sini pada 1 petang, 18 Dis lepas.

Pertuduhan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Siti Bahiyah Amir Haidi manakala tertuduh diwakili peguam Sharonpal Singh.

Sebelum ini media melaporkan seorang wanita mati dibunuh dengan kesan tikaman pada badannya sebelum ditinggalkan dalam sebuah kereta di Klang.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.