Suami jumpa mayat isteri di ladang sawit

Suami jumpa mayat isteri di ladang sawit

Mangsa warga Filipina itu dipercayai dibunuh selepas hilang ketika pergi ke ladang tempatnya bekerja.

Tiga lelaki dan seorang wanita direman bagi membantu siasatan, kata Ketua Polis Daerah Beaufort Ismail Abdullah.
BEAUFORT:
Seorang wanita warga Filipina ditemukan mati dipercayai dibunuh di sebuah ladang kelapa sawit di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Beaufort Ismail Abdullah berkata mangsa dipercayai hilang ketika pergi ke ladang tempatnya bekerja itu sebelum mayat ditemukan suaminya sendiri.

“Mayat mangsa ditemukan di kawasan belukar berhampiran dengan kesan kecederaan tetakan di beberapa bahagian badan,” katanya ketika dihubungi pemberita hari ini.

Beliau berkata pemeriksaan dan siasatan oleh Unit Forensik Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) terhadap mayat mendapati tapak tangan sebelah kanan mangsa hampir putus dan terdapat kesan kelar di bahagian leher dipercayai akibat tetakan dengan senjata tajam.

Susulan itu, polis menahan reman empat suspek terdiri daripada tiga lelaki dan seorang wanita berumur antara 30-an hingga 40-an untuk membantu siasatan.

Ismail berkata polis sedang giat mengesan suspek lain yang terlibat dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.