Pemandu terlelap, 2 remaja maut motosikal dilanggar kereta

Pemandu terlelap, 2 remaja maut motosikal dilanggar kereta

Polis berkata, sampel darah pemandu Perodua Axia diambil bagi mengesan kandungan alkohol dan dadah.

Keadaan motosikal mangsa selepas dilanggar Perodua Axia yang dipandu pemuda 25 tahun. (Gambar Polis Melaka Tengah)
MELAKA:
Dua remaja berusia 16 tahun maut dalam kemalangan membabitkan sebuah motosikal dan dua kereta di Jalan Krubong Permai, di sini, malam tadi.

Ketua Polis Melaka Tengah, Christopher Patit berkata, dalam kejadian kira-kira 9.30 malam itu, mangsa ialah penunggang motosikal, Putra Norsyaqir Putrawirawan dan pembonceng, Erwan Idris.

“Siasatan awal mendapati sebuah Perodua Axia dipandu seorang pemuda 25 tahun masuk ke laluan bertentangan akibat terlelap dan melanggar kedua-dua mangsa sebelum melanggar sebuah Perodua Myvi.

“Akibat kemalangan tersebut, Erwan yang parah di badan meninggal dunia di tempat kejadian, manakala Putra Norsyaqir menghembuskan nafas terakhir ketika menerima rawatan di Hospital Melaka,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, tiada penumpang dalam Perodua Axia, manakala pemandu dan penumpang Perodua Myvi tidak cedera.

Katanya, sampel darah pemandu Perodua Axia itu diambil bagi mengesan kandungan alkohol dan dadah.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.