Lelaki maut disengat tebuan di Johor

Lelaki maut disengat tebuan di Johor

Lelaki berusia 42 tahun itu disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan dari Klinik Kesihatan Labis.

Mangsa disengat tebuan tanah ketika melakukan aktiviti sukan permotoran di Felda Tenang, Johor, semalam. (Gambar Facebook)
PETALING JAYA:
Seorang lelaki maut disengat tebuan tanah di Felda Tenang, hutan simpan Jalan Temayong di Johor semalam.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Labis, Hairisyah Wahid berkata, tujuh anggota bersama sebuah jentera Fire Rescue Tender (FRT) dan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dihantar ke lokasi selepas menerima panggilan kecemasan melalui talian MERS999 pada 2.24 petang Ahad.

“Setibanya di tempat kejadian, terdapat seorang mangsa yang disengat tebuan tanah ketika melakukan aktiviti sukan permotoran.

“Bagaimanapun, lelaki berusia 42 tahun itu disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan dari Klinik Kesihatan Labis.

“Pasukan bomba kemudiannya mengeluarkan mangsa dari kawasan berkenaan dan diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut,” katanya menurut Sinar Harian.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.