Pemilihan Amanah: Dzulkefly dapat undian tertinggi, Mat Sabu ke-8

Pemilihan Amanah: Dzulkefly dapat undian tertinggi, Mat Sabu ke-8

Dzulkefly Ahmad mendapat 900 undi sementara Mat Sabu pula mendapat 613 undi.

Dzulkefly Ahmad memperolehi undi tertinggi mengatasi Mohamad Sabu dalam Pemilihan Amanah sesi 2023-2026 hari ini.
KLANG:
Pemilihan Amanah sesi 2023-2026 menyaksikan Dzulkefly Ahmad memperolehi undi tertinggi iaitu sebanyak 900 undi dalam persaingan merebut tempat dalam jawatankuasa pimpinan nasional.

Keputusan itu juga menyaksikan jumlah undi diperolehi beliau mengatasi undi diraih penyandang jawatan presiden, Mohamad Sabu, yang mendapat 613 undi untuk menduduki tangga kelapan, daripada 27 calon terpilih.

Sementara itu, Khalid Abdul Samad kedua tertinggi dengan 899 undi; manakala Ahli Parlimen Shah Alam Azli Yusof di tangga ketiga dengan 755 undi.

Pemilihan kali ini juga menyaksikan majoriti muka lama kekal, manakala beberapa muka baharu terpilih termasuk Adun Taman Templer Anfal Saari.

Antara pemimpin yang tewas ialah Ahli Parlimen Sri Gading Aminolhuda Hassan, Adun Kota Lama Hafidzah Mustakim, bekas Ahli Parlimen Kota Bharu Wan Rahim Wan Abdullah serta penasihat Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan, Mazlan Aliman.

Pemilihan jawatankuasa pimpinan nasional Amanah kali ini menyaksikan seramai 98 calon merebut 27 kerusi yang dipertandingkan, dengan seramai 1,003 perwakilan mengundi.

Berikut pemenang pemilihan jawatankuasa pimpinan nasional Amanah bagi sesi 2023-2026:

  • Dzulkefly Ahmad
  • Khalid Samad
  • Azli Yusof
  • Mujahid Yusof Rawa
  • Mahfuz Omar
  • Suhaizan Kaiat
  • Adly Zahari
  • Mohamad Sabu
  • Hasan Bahrom
  • Mariah Mahmud
  • Raja Kamarul Bahrin Shah
  • Hatta Ramli
  • Faiz Fadzil
  • Mohd Sany Hamzan
  • Anfaal Saari
  • Izham Hashim
  • Ismail Salleh
  • Ahmad Sabki Yusof
  • Lahirul Latigu
  • Tarmizi Ramli
  • Asmuni Awi
  • Nizar Jamaluddin
  • Ridzwan Abu Bakar
  • Sofi Wahab
  • Wan Anwar Wan Ibrahim
  • Muhaimin Sulam
  • Abang Ahmad Kerdee

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.