Anwar perjelas guna istilah kontroversi dalam kupasan Hang Tuah

Anwar perjelas guna istilah kontroversi dalam kupasan Hang Tuah

Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata beliau tidak bermaksud untuk menghina mana-mana pihak.

Perdana Menteri Anwar Ibrahim maklum istilah ‘k****g’ tidak disenangi banyak pihak, dan meminta maaf kalau ada salah faham. (Gambar Bernama)
PUTRAJAYA:
Penggunaan frasa “k****g” pada program Temu Anwar Dialog Mahasiswa di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di Tanjung Malim, Perak pada Khamis lepas hanya merujuk kepada petikan daripada buku Hikayat Hang Tuah, dan tidak bermaksud untuk menghina mana-mana pihak, kata Perdana Menteri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata istilah itu diambil daripada buku berkenaan, yang menceritakan bahawa Hang Tuah mempunyai penguasaan bahasa yang banyak termasuk bahasa yang diambil daripada istilah Kalinga.

“Sekarang, istilah ‘k****g’ tidak disenangi banyak pihak, jadi saya tak gunakan. Saya cuma ‘quotes’ dalam buku itu.

“Kalau ada yang salah faham, saya minta maaf, bukan niat saya. Saya orang terakhir yang melontarkan ekspresi menghina kaum dan agama,” katanya pada sesi dialog bersama media.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.