Aliran trafik mula sesak sempena cuti Krismas

Aliran trafik mula sesak sempena cuti Krismas

LLM berkata trafik sesak dan perlahan arah utara dari Sungai Buloh menuju ke Bukit Beruntung, setakat 9.30 pagi tadi.

Aliran trafik di lebuh raya utama mula sesak berikutan pertambahan kenderaan sempena sambutan Hari Krismas, Isnin ini.
KUALA LUMPUR:
Aliran trafik di lebuh raya utama mulai sesak pagi ini berikutan pertambahan kenderaan sempena sambutan Hari Krismas, Isnin ini.

Jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) ketika dihubungi, berkata trafik sesak dan perlahan arah utara dari Sungai Buloh menuju ke Bukit Beruntung, setakat 9.30 pagi tadi.

Terdapat kemalangan di KM 426.5 arah selatan dari Bukit Tagar ke Bukit Beruntung dengan lorong kanan dikedua-dua arah masih ditutup dan trafik menuju utara sesak sepanjang 11 kilometer manakala trafik arah selatan masih terkawal.

Kemas kini PLUS menerusi laman X rasminya memaklumkan terdapat kemalangan di KM182.2 arah utara dari Jasin ke Ayer Keroh dengan lorong kanan terhalang serta trafik sesak sepanjang empat kilometer.

Sementara itu, trafik turut dilaporkan perlahan sebelum Plaza Tol Gombak arah timur dari Gombak hingga ke Genting Sempah berikutan pertambahan kenderaan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.