
Bomba berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 4.26 pagi dengan bomba Tangkak dan Bukit Gambir digerakkan ke lokasi kejadian.
Komander Operasi Zamri Ayob, berkata nahas itu berlaku selepas sebuah lori lima tan jenis Isuzu melanggar dua lori muatan sama.
Katanya, dua mangsa didapati tersepit dalam sebuah lori jenis Hino.
“Pihak bomba telah menjalankan operasi penyelamatan untuk mengeluarkan kedua-dua mangsa dengan menggunakan peralatan khas.
“Malangnya, kedua-dua mangsa disahkan meninggal dunia oleh petugas KKM tidak lama selepas dikeluarkan,” katanya dalam kenyataan.
Bomba berkata, mayat mangsa kemudian diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.