
Menteri Pengangkutan Loke Siew Fook berkata mengikut jadual kapal itu dijadualkan berlabuh di Pelabuhan Klang, Selasa depan.
“Lembaga Pelabuhan Klang telah diarahkan membantu syarikat logistik, pengimport, pengeksport dan perkapalan dalam menguruskan kargo masing-masing yang terjejas,” katanya dalam kenyataan.
Terdahulu, Perdana Menteri Anwar Ibrahim dalam kenyataan berkata Kementerian Pengangkutan akan mengambil tindakan segera dengan mengenakan larangan kekal terhadap syarikat Zim yang berpangkalan di Israel berkuat kuasa serta merta.
Anwar turut menjelaskan kerajaan membatalkan kebenaran kepada syarikat itu berlabuh di Malaysia diberikan Jemaah Menteri pada 2002 diikuti tiga tahun selepas itu syarikat terbabit dibenarkan pula mendarat.
Tambah Anwar, berkuat kuasa serta merta Malaysia juga melarang kapal yang dalam perjalanan menuju ke Israel daripada memuatkan kargo di pelabuhan Malaysia.