Jumlah mangsa banjir di Kelantan, Perak menurun

Jumlah mangsa banjir di Kelantan, Perak menurun

Bagaimanapun, jumlah mangsa banjir di Selangor kembali meningkatkan kepada 25 orang berbanding 14 mangsa pada pagi tadi.

Jumlah mangsa banjir di Kelantan menurun kepada 3,240 orang daripada 992 keluarga setakat 8 malam ini, berbanding 5,087 orang daripada 1,592 keluarga pagi tadi. (Gambar Bernama)
KUALA LUMPUR:
Jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di Selangor merekodkan peningkatan malam ini, manakala di Kelantan dan Perak menurun.

Di Selangor, menurut Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), jumlah mangsa banjir di negeri itu kembali meningkat kepada 25 orang melibatkan lapan keluarga setakat 9 malam ini, berbanding 14 orang daripada lima keluarga pagi tadi.

Semua mangsa tersebut ditempatkan di PPS SK Sultan Abdul Aziz Shah di Kuala Selangor, yang mula dibuka sejak semalam.

Di Kelantan jumlah mangsa banjir menurun kepada 3,240 orang daripada 992 keluarga setakat 8 malam ini, berbanding 5,087 orang daripada 1,592 keluarga pagi tadi.

Menurut portal Info Bencana JKM, kesemua 10 PPS yang dibuka, melibatkan jajahan Pasir Mas.

10 PPS tersebut ialah SK Gual Tinggi, SK Gual To’Deh, SMK Gual Periok, SMK Baroh Pial, SK Kedai Tanjong, SK Gual Periok, Madrasah Tasek Bakong, Masjid Mukim Padang Licin, SK Sri Kiambang dan SMA Pohon Buluh.

Di Perak jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di PPS Dewan Serbaguna Padang Tembak, Teluk Intan menurun sedikit kepada 64 orang daripada 17 keluarga setakat 8 malam ini, berbanding 65 orang daripada 18 keluarga, pagi tadi.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Angkatan Pertahanan Awam (APM) Perak memaklumkan, kawasan yang terjejas banjir pula kekal melibatkan Batu 9, Lorong Kedah, Lorong Belakang Klinik, Lorong Sidang Osman, Batu 7, Batu 8, Lorong Imam Khairi dan Lorong Mesra.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.