2 maut kenderaan dihempap pokok tumbang

2 maut kenderaan dihempap pokok tumbang

Kejadian berlaku di Jalan Kampung Lembah Jaya Utara Ampang, petang tadi.

Dua maut dalam kejadian pokok tumbang di Jalan Kampung Lembah Jaya Utara Ampang, petang tadi. (Gambar Facebook)
PETALING JAYA:
Dua lelaki maut selepas kenderaan dinaiki mereka dihempap pokok tumbang di Jalan Kampung Lembah Jaya Utara Ampang, hari ini.

Ketua Polis Ampang Jaya Azam Ismail berkata pihaknya menerima maklumat kejadian pokok tumbang menghempap sebuah kereta dan motosikal pada 3.51 petang.

Menurutnya, kejadian itu menyebabkan pemandu kereta maut di lokasi kejadian manakala penunggang motosikal disahkan meninggal dunia di Hospital Ampang.

“Bantuan di tempat kejadian dilakukan oleh pasukan bomba dan Angkatan Pertahanan Awam (APM),” katanya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.