
Katanya, mangsa akan ditempatkan di sana selepas isu berkaitan kemudahan seperti penyambungan bekalan air dan elektrik selesai selewat-lewatnya awal bulan depan.
Buat jangka panjang, laporan siasatan awal daripada aspek teknikal Jabatan Kerja Raya (JKR) pada awal bulan lalu mendapati kerja baik pulih cerun runtuh memerlukan dua tahun dengan peruntukan lebih RM3 juta.
“Ini termasuk pengukuhan dan penstabilan cerun di persekitaran kawasan terjejas yang akan dilaksanakan JKR dan dijangka diselesaikan serta penyerahan projek pada November 2025,” katanya menurut Sinar Harian.
Semalam, Senator Ajis Sitin merayu campur tangan Perdana Menteri, Anwar Ibrahim bagi membantu 88 Orang Asli yang masih tersadai di dewan orang ramai Kampung Sungai Ruil, selepas diarahkan bomba mengosongkan kediaman susulan penempatan mereka diancam tanah runtuh 12 Okt lalu.
FMT melaporkan Ajis turut kecewa dengan Jakoa serta Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah kerana tiada tindakan drastik untuk menyelesaikan masalah itu.