
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Mohamad Sabu, berkata langkah itu tidak akan menyebabkan perubahan ketara kepada harga runcit bawang.
“Kita telah bersedia ke arah itu. Harganya (harga runcit bawang) nanti Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) akan bincang, tetapi kesannya tidak banyak,” katanya selepas merasmikan Konvensyen Pemuda Amanah.
Pada 8 Dis lalu, India yang menyumbang sebanyak 36% kepada import bawang ke Malaysia melarang eksport sehingga Mac tahun depan bagi meningkatkan bekalan domestik selain membendung inflasi pengguna di negara itu.
Menurut Direktorat Perdagangan Luar Negeri India, ia susulan eksport bawang dipindahkan daripada kategori bebas kepada larangan hingga 31 Mac 2024.