
Di Facebook, Fahmi berkongsi suatu carta pai menunjukkan tahun ini sahaja 18,140 kandungan “scam” dan penjualan haram dikeluarkan dari media sosial, di atas 315 kandungan pada tahun lepas.
Carta pai tersebut memaparkan lima jenis ‘kandungan memudaratkan’ iaitu penipuan dan penjualan haram, berita palsu, jelik, pornografi, dan mengancam; serta jumlah yang berjaya dikenakan tindakan tahun ini dan tahun lepas.
Bagi jenis berita palsu, tahun ini sahaja sebanyak 4,008 kandungan dikenakan tindakan di atas 96 kandungan tahun lepas.
Turut menjadi sasaran 2,858 kandungan bersifat jelik, 599 pornografi, dan 37 kandungan yang bersifat mengancam; di atas 422 kandungan bersifat jelik dan 186 pornografi tahun lepas.
“Lebih 70% kandungan yang dibuang itu bukan sebab kritik saya atau kerajaan,” katanya di Facebook.
Pada 14 Nov lepas, Timbalan Menteri Komunikasi dan Digital Teo Nie Ching dilapor berkata dalam tempoh sembilan bulan tahun ini, sebanyak 19,224 kes penipuan dalam talian dilaporkan dengan kerugian RM687 juta, berbanding 15,659 kes pada tahun lalu.
Katanya lagi, setakat 31 Oktober lalu, sebanyak 1,764 laman sesawang palsu untuk penipuan pemancingan maklumat disekat; selain 19 juta SMS yang mengandungi pautan palsu, dari Mei sehingga September lalu.