
Bomba Pulau Pinang menerima panggilan kecemasan pada 2.41 pagi dengan sepasukan anggota dari Balai Bomba Kepala Batas digegaskan ke lokasi, diketuai Komander Operasi Nazril Syazwan Khalil.
Menurut kenyataan, tiga mangsa terlibat susulan pelanggaran sebuah Perodua Myvi dengan kereta BMW.
“Dua lelaki dewasa yang berada dalam kereta Perodua Myvi didapati tersepit. Pihak bomba bertindak menjalankan operasi penyelamatan bagi mengeluarkan kedua-dua mangsa.
“Namun, mangsa berusia 31 dan 32 tahun disahkan meninggal dunia oleh pihak KKM,” katanya dalam kenyataan.
Katanya, pemandu kereta BMW berusia 46 tahun tidak mengalami kecederaan dan berjaya keluar sendiri sebelum ketibaan bomba.
Dua mayat berkenaan kemudian diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya.
Mangsa maut adalah Muhammad Fakhrul Rodzi Fauzi, 31, dan Muhammed Ahsan Mohamed Ayub, 32, menurut Berita Harian.