
Menterinya, Nancy Shukri, berkata pihaknya mempunyai kaunselor, jika khidmat itu diperlukan keluarga Zayn Rayyan.
“Kita dimaklumkan buat masa ini pihak polis masih menyiasat kes tersebut, maka belum ada kaunselor (yang datang kepada mereka), melainkan pihak keluarga ada minta (kita boleh) beri kaunseling,” katanya selepas menghadiri Program Memacu Kehidupan Krismas 2023 di sini, hari ini.
Nancy berkata, buat masa ini juga, KPWKM tidak boleh turun ke lokasi kejadian sehingga proses siasatan selesai.
“Tidak dibenarkan (ke lokasi kejadian), difahamkan ada beberapa perkara belum dimuktamadkan polis. Kita tunggu selesai dulu penyiasatan, sebelum kita ambil tindakan selanjutnya.”
Kanak-kanak autisme enam tahun itu dilaporkan hilang pada 5 Dis lepas di Damansara Damai, sebelum ditemui meninggal dunia dekat aliran anak sungai kira-kira 200m dari blok rumahnya di Apartmen Idaman keesokannya.