
Beliau berkata, inisiatif Payung Rahmah itu akan diperkasakan, bukan hanya melibatkan kementeriannya, malah merangkumi beberapa kementerian lain.
“Ia (Rahmah) jadi agenda nasional bukan hanya kementerian semata-mata, tetapi ia memayungi kebajikan dan kesejahteraan kepada rakyat,” katanya selepas perasmian Karnival Barangan Malaysia oleh Perdana Menteri, Anwar Ibrahim.
Salahuddin, ketika menjawat jawatan tersebut, melaksanakan pelbagai inisiatif di bawah Payung Rahmah bagi membantu rakyat menghadapi pelbagai cabaran berhubung kenaikan kos sara hidup, terutama ketika negara dan ekonomi sedang pulih daripada kesan pandemik Covid-19.
Anwar yang juga menteri kewangan sebelum ini, dilaporkan berkata kerajaan memberikan suntikan peruntukan RM200 juta bagi inisiatif Payung Rahmah untuk tahun depan menerusi Belanjawan 2024.