Jadi contoh, Ahli Parlimen, senator diseru henti merokok

Jadi contoh, Ahli Parlimen, senator diseru henti merokok

Timbalan Menteri Kesihatan Lukanisman Awang Sauni berkata ramai wakil rakyat dan senator adalah perokok tegar.

Timbalan Menteri Kesihatan Lukanisman Awang Sauni berkata Ahli Parlimen dan senator perlu menunjukkan contoh yang baik kerana kedudukan mereka sebagai penggubal dasar dan undang-undang negara yang tertinggi. (Gambar Bernama)
KUALA LUMPUR:
Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Negara disaran menjadi contoh terbaik kepada masyarakat dalam usaha kerajaan menghentikan tabiat merokok.

Timbalan Menteri Kesihatan Lukanisman Awang Sauni berkata ia penting seiring kedudukan Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Negara sebagai penggubal dasar dan undang-undang negara yang tertinggi.

Beliau berkata perkara itu perlu diberi perhatian oleh Dewan Negara dan Dewan Rakyat berikutan ramai dalam kalangan senator dan wakil rakyat yang merupakan perokok tegar dan lebih malang perlakuan negatif itu ditularkan menerusi media sosial.

“Penguatkuasaan (Rang Undang-Undang Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2023 kelak) perlu diambil serius. Yang Dipertua (Wan Junaidi Tuanku Jaafar) saya mohon khidmat nasihat dan saranan kepada Ahli Dewan Rakyat dan Dewan Negara agar tidak merokok.

“Kita adalah penggubal dasar, jangan pula beri contoh buruk kepada masyarakat kerana banyak gambar dan cerita (menerusi laman maya) bahawa masih ramai perokok dalam kalangan Ahli Parlimen dan Senator,” katanya dalam sesi jawab lisan di sidang Dewan Negara.

Beliau menjawab soalan tambahan Senator Dr Wan Martina Wan Yusoff yang ingin tahu langkah kerajaan memastikan penguatkuasaan undang-undang dapat membendung peningkatan merokok dalam kalangan generasi muda.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.