Dilantik timbalan menteri, Ramanan masih pengerusi Mitra

Dilantik timbalan menteri, Ramanan masih pengerusi Mitra

Ahli Parlimen Sungai Buloh itu dinamakan sebagai timbalan menteri pembangunan usahawan dan koperasi semalam.

Ahli Parlimen Sungai Buloh R Ramanan dilantik sebagai pengerusi Mitra pada April lepas.
PUTRAJAYA:
Berikutan pelantikannya sebagai timbalan menteri pembangunan usahawan dan koperasi yang diumumkan semalam, R Ramanan kekal pengerusi jawatankuasa khas Unit Transformasi Masyarakat India Malaysia (Mitra).

“Status quo buat masa ini,” katanya ringkas kepada pemberita ketika sidang media pada hari pertamanya sebagai timbalan menteri.

Ahli Parlimen Sungai Buloh penggal pertama itu dilantik sebagai pengerusi Mitra pada April lepas.

Ahli jawatankuasa Mitra yang lain termasuk bekas ketua MIC C Sivaraj; Ahli Parlimen DAP Klang V Ganabatirau: Ahli Parlimen PKR Segamat R Yuneswaran; dan K Raveendran Nair, sebagai ketua pengarah.

Ketika pentadbiran perdana menteri terdahulu Najib Razak, Mitra dikenali sebagai Unit Khas Pembangunan Sosioekonomi Komuniti India (Sedic), yang ditubuhkan pada 2013 untuk memperkasakan masyarakat India, khususnya golongan B40.

Selepas kekalahan Barisan Nasional (BN) pada PRU 2018, unit itu dinamakan semula sebagai Mitra oleh pentadbiran Pakatan Harapan (PH).

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.