
Ketua Polis Cheras Zam Halim Jamaluddin berkata mayat lelaki berusia 28 tahun itu dijumpai dalam keadaan tertiarap dan tidak berpakaian oleh orang awam kira-kira 6 pagi sebelum melaporkannya kepada polis.
“Pemeriksaan awal polis mendapati beberapa kesan kecederaan pada mayat mangsa. Mayatnya dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM), Cheras untuk proses bedah siasat yang akan dilakukan esok.
“Semasa ditemui, tiada sebarang dokumen pengenalan diri pada mangsa, namun indentitinya telah dikenal pasti keluarga lelaki itu,” katanya dalam kenyataan.
Beliau berkata kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat boleh menghubungi hotline Polis Cheras di talian 03-9284 5050/5051, hotline Polis Kuala Lumpur 03-2115 9999 atau balai polis berhampiran.