LRA Sungai Linggi berbau jejas bekalan di Port Dickson, Seremban

LRA Sungai Linggi berbau jejas bekalan di Port Dickson, Seremban

Syarikat Air Negeri Sembilan Sdn Bhd berkata bekalan air perlu dihentikan bagi menepati piawaian kualiti air minum kebangsaan.

Beberapa kawasan di daerah Port Dickson dan Seremban berdepan gangguan bekalan air susulan sumber air mentah berbau di Loji Rawatan Air Sungai Linggi. (Gambar Facebook)
PETALING JAYA:
Beberapa kawasan di Port Dickson dan Seremban mengalami masalah gangguan dan ketiadaan bekalan air berikutan terdapat masalah sumber air mentah berbau di Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Linggi.

Syarikat Air Negeri Sembilan Sdn Bhd (SAINS) memaklumkan pengeluaran air LRA itu terpaksa dihentikan untuk menepati piawaian kualiti air minum kebangsaan.

“Status setakat 10 pagi tadi, loji belum beroperasi kerana air mentah masih lagi berbau. Bagi mengurangkan gangguan kepada para pengguna, SAINS telah menggerakkan bantuan bekalan air melalui lori tangki dan menempatkan tangki statik di kawasan yang terlibat,” menurut Bernama.

Kawasan terjejas ialah sebahagian kawasan Batu 6 Jalan Pantai, Batu 4 Jalan Pantai, Jalan Sua Betong, Air Port Dickson Kuning, Tampin Linggi sehingga sekitar kawasan pekan Port Dickson dan Lukut.

Turut terlibat dari Simpang Bukit Palong, Chuah, Bukit Pelandok sehingga Tanah Merah Site A, manakala di Seremban melibatkan Rantau dan Jalan Sungai Gadut sehingga Taman Pinggiran Senawang.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.