Pemandu parah, kereta rempuh kedai makan

Pemandu parah, kereta rempuh kedai makan

Mangsa yang memandu sendirian dipercayai terbabas sebelum melanggar kedai makan di tepi jalan.

Keadaan kereta dipandu mangsa yang melanggar sebuah kedai makan di tepi jalan di Jalan Sungai Semambu, Kubang Semang awal pagi ini. (Gambar Bomba)
BUKIT MERTAJAM:
Seorang lelaki cedera parah selepas kereta dipandunya terbabas sebelum merempuh sebuah kedai makan di tepi Jalan Sungai Semambu, Kubang Semang awal pagi ini.

Jurucakap Jabatan Bomba Pulau Pinang berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 1.27 pagi sebelum terus ke lokasi kejadian.

Katanya, apabila tiba di lokasi kejadian pihaknya mendapati sebuah kereta melanggar kedai di tepi jalan dan seorang lelaki tersepit dalam kenderaan itu.

“Kereta yang dipandu mangsa dipercayai terbabas sebelum merempuh sebuah kedai di tepi jalan.

“Semasa kemalangan itu tiada sesiapa dalam kedai tersebut serta lelaki berkenaan memandu sendirian,” katanya.

Beliau berkata pemandu itu berjaya dikeluarkan dari kenderaannya pada 1.52 pagi dan dibawa ke Hospital Seberang Jaya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.