Pekerja kilang melecur di kaki terjatuh dalam kawah zink panas

Pekerja kilang melecur di kaki terjatuh dalam kawah zink panas

Mangsa, seorang pekerja penyelenggaraan, melecur 30% di kaki selepas terjatuh ke dalam kawah bersuhu 450 darjah Celsius.

Mangsa yang melecur 30% pada bahagian kaki dikeluarkan dari kawah zink panas oleh orang awam sebelum bomba tiba. (Gambar JBPM)
PETALING JAYA:
Seorang pekerja penyelenggaraan sebuah kilang melecur 30% pada bahagian kaki selepas terjatuh ke dalam kawah zink panas dalam kejadian di Taman Perindustrian Nibong Tebal pagi tadi.

Jurucakap bomba Pulau Pinang memaklumkan, sejurus menerima panggilan kecemasan pada 10.58 pagi, sepasukan anggota dari Balai Bomba Nibong Tebal dan Sungai Bakap digerakkan ke lokasi kejadian.

“Mangsa merupakan pekerja penyelenggaraan dan terjatuh ke dalam kawah bersuhu 450 darjah celsius, berkeluasan 20×5 kaki persegi.

“Mangsa melecur 30% pada bahagian kaki dan dibawa keluar oleh orang awam sebelum bomba tiba,” katanya, lapor Bernama.

Mangsa dibawa oleh ambulans ke Hospital Sungai Bakap untuk menerima rawatan dan operasi tamat pada 11.32 pagi, menurut jurucakap bomba.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.